Selasa, 2010 Februari 09

He he he.

Okay, post yang lepas gua main-main je. Ta akan lah gua nak biar belog ni diam macam tu. Macam bukan aku je. Aku dah lama tak bising-bising dekat sini. Rasa macam sunyi pon ada jugak.

Kauorang tak rindu aku ke?
Takan tak rindu?
Kalau rindu, sengih sorang-sorang, cepat.
Ececeh..

Aku bukan tak nak update belog lah. Rasa malas tu.. Membuak-buak nak bunuh orang. Entah, tak tahu kenapa. Macam, menyampah aku tengok belog ni. Kadang-kadang rasa malu nak mengaku yang belog ni aku yang punya.

Tapi rindu.. Rindu nak menulis. Bila aku baca belog ni, senyum.. Belog tu, ketawa. Rasa nak menulis. Bila aku log in je, puf! Rasa menyampah, tak tahu nak tulis apa, rasa mual, bosan, semua ada. Tapi bukan tak cuba nak tekan new post tu. Tekan.. Lepas tekan je, tulis 2 3 kerat, "Alah, macam bodoh je..". Lepas tu log out. Macam mana aku nak post entri kalau hari-hari aku macam tu?

Dan sudah nya, aku online je lah Facebook dengan Myspace. Apa? Myspace? Yela.. Aku kan budak-budak.

Semenjak aku ada kelas ni.. Aku jarang gila tengok Hannah Montana. Marah kot. Dapat tengok every Saturday dengan Sunday. Marah sangat! Kalau boleh hari-hari i online, i mesti nak tengok muka Miley Cyrus dekat Google. Ye, aku tahu. Aku salah sorang manusia yang sangat obses. Tapi bukan dengan Miley Cyrus, dengan Hannah Montana ye.

"Miley, datang lah Malaysia!"
*Jerit dalam hati.

Oh ya, baru-baru ni jugak, handphone dengan PSP aku hilang. Cool kan? Jangan tanya kenapa, dan macam mana boleh hilang. Aku tak nak cerita. Sebab cerita nya sangat complicated dan buat aku rasa terkilan. Sedih tao.. Dah lah PSP tu Mak i yang hadiah kan. Tolong lah simpati sikit.. Kah kah kah. Macam haram..

Apa lagi eh?

Yes, dan tak lupa jugak. Perkara pelik sekarang banyak berlaku pada aku.
Contoh nya;

-Aku sekarang kurang makan, padahal dulu..
-Aku makin rajin berjalan.
-Aku banyak cakap dengan Mak aku.
-Aku selalu mesej orang dengan semua orang yang ada dalam handphone aku. (Yela, Youth club, kan? Haha,)
-Dan lain-lain lagi..

Dan akhir sekali. Tadi aku google nak carik wallpaper untuk desktop aku. Carik punya carik punya carik, sampai aku tak tahu nak guna gambar apa.

Akhir nya aku guna yang

























ini..

P/s: Go go Power Ranger!

P/s/s: Papehal aku cop Red ranger, okay? Tak puas hati, jom debat.

Khamis, 2010 Februari 04

Tak main-main ni.

Gentle, gua dah bosan dengan belog gua. Gua rasa gua nak setop menulis. Sorry lah. Gua belah dulu.

Chow.

Sabtu, 2010 Januari 30

Maghrib.

Location: Rumah saudara.
Pelakon: Aku, Abang saudara 1, Adik saudara 1, Adik saudara 2, Mak, dan pakcik makcik sekalian.

Tengah kami sembahyang, lelaki di depan, perempuan di baris belakang, terdengar aku perbualan dalam nada bisik di baris depan aku.

Adik saudara 1: Weh, hari ni ada Naruto tak?
Adik saudara 2: Tak ingat lah.
Abang saudara 1: Shhhss, diam lah. Sembahyang tak boleh cakap.




















Abang saudara 1: Hari ni tak ada Naruto, besok ada.

Kah kah kah, macam cilakeeeeee...

Selasa, 2010 Januari 26

PePePePenat.

Baru balik kelas. Balik kelas terus aku online.

Kalau rasa nak tahu something yang tak dapat kita sangka kan, jom kita bukak web bomoh ni. Dia boleh jawab semua soalan.

Betapa terror nya dia.
Okay, chow.

Isnin, 2010 Januari 25

First day class.

Tadi kelas macam.. Taik! (sila sebut macam marah lepas tu buat mata juling sikit... Taik!)
Sangat taik.

Aku start kelas pukul 10 pagi, dan habis pukul 2 petang. Aku tahu kelas aku cool gila. Belajar hanya 4 jam. Tapi..

Dan sepatutnya aku break pukul 12. Makan lah.. Ni tak, pukul 12, buat bodoh je depa. Tak nak bagitahu aku yang dah break. Dah lah semua pi beli makan, makan depan aku. Hang ingat aku ni apa? Batu ke? Aku lapar tahu tak. Tak kisah lah. Ada satu akak ni, dia pi beli keropok Twister chilli tu, dah lah peberet aku, yang best sekali, dalam kelas depa boleh pelawa semua 20 orang dalam kelas tu. Aku ni dia buat macam tunggul, tak nak pelawa langsung. Haram.. Aku bukan lah batak nak keropok dia, tapi sekurang-kurang nya, pelawa lah. Argh!

Abaikan..

Aku rasa macam batu perhiasan yang comel sambil pegang pen yang tengah buat karangan yang di beri. Cool kan? Aku tahu. Dah habis aku buat karangan aku dengar Mp3 aku. Cikgu pon sampai..

M.Subash: Kamu dah makan, Bedah?
Aku si bedah: Belum sir.
M.Subash: Ha? Habis kamu nak belajar macam mana?
Aku si bedah: Eh, tak apa lah sir..

Tak apa?! Padahal aku tengah menyumpah-nyumpah dalam hati.

Sambung belajar. Kita belajar Math pulak.
Bla3. Habis kelas. Teka lah pukul berapa?
Pukul 2 lebih, tahu tak????!!

Janji pukul 2, ni pukul 2 lebih. Argh, lapar teruk.
Bila cikgu cakap dah boleh balik je, aku terus lari pergi mamak, makan mamak tu!
Eh, silap. Makan dekat kedai mamak tu.

Aku rasa hari ni.. Semua perkauman. Sebab aku melayu.
Kejab, boleh ke aku tulis macam ni?
Entah lah..

Baik-baik aku tak bakar gereja, karang banggunan tu aku yang bakar.
Jangan main-main dengan gua.

ˆ∆˚∫˙∆∫˙†çƒ∆¬√˚¥ƒ†∂´¥∞´∞§¢®§†¨©ƒ˚©˙∆˚©≈∂ƒ√˚∆¨∫˙∆∆¬˙˚√∫˙˚∫√˙√˚©¥˙ƒ∂®ƒ√ƒ∆©ƒ!!!!

Bahasa apa yang cik Lea cakap ni?



















Engkau mana faham bahasa Perancis daaaa...

P/s: Pukul 2 lebih tu macam dah nak pukul 3.

Eleh, pukul 2 lebih pon nak kecoh.

P/s/s: Apa?! Janji cakap pukul 2, pukul 2 lah. Mana ada lebih-lebih, kentot!

Jalan balik.

Tadi gua keluar teman member gua Anis pergi ambik gaji dekat KLCC. Gua dengan baru balik kelas gitar nya, bawak buku chord belajar gitar (buku budak noobs je). Jalan dengan Anis.

Sampai tempat yang depa nak ambik gaji ada satu kakak/abang tegur aku.

"Hang main gitar ke? Lagu apa hang boleh main?"

"Boleh lah 4 5 lagu."

"Gila lah, gua respect sama hang."

Okay, kembang kejab disitu. Itu baru gua bawak gitar gua, belum gua main lagi. Kalau gua main, apa reaction kakak/abang tu, eh? Entah lah..

Gerak lagi. Anis dapat gaji, RM54 ragak, untuk satu hari. Depa belanja aku makan mee hoon kari. Okay, cantik. Gua dapat makan free. Lepas tu gua ajak depa pi tengok gitar dekat kedai Sungai Wang. Chekidaut dalan 5 6 minit, gua belah.

Gua ada nampak satu gitar ni. Memang menarik hati lah gua tengok. Sambil gua jalan, gua asyik fikir gitar tul. Yang paling best gitar tu kaler pink bhai. Gua tahu girly, tapi menarik gilerrrr gua cakap lu. Harga dia pon menarik gilerrrr lah.

Jalan punya jalan sambil fikir punya jalan sambil fikir. Dah keluar dari Sungai Wang. Tapi otak gua tak habis fikir pasal gitar.

Anis: Lea, kau....
Aku: *angguk2 kepala.

Naik teksi, sampai rumah. Balik, mandi.
Habis..



















Pesanan: Anis, yang sebenarnya gua tak berapa nak dengar lah apa lu cakap tadi, gua main angguk je. Gua asyik fikir pasal gitar tu. Kalau gua minta lu belanja, lu mesti rasa nak lempang gua, kan?

Tak apa lah, baik gua angguk macam dengar cerita lu daripada gua mintak lu gitar tu, kan? Okay..

*Angguk2 kepala..

P/s: Kakak/abang - dia perempuan tapi nak jadi abang. Maksudnya, apa eh?

Ahad, 2010 Januari 24

Posto posto.

Hari ni Lea pergi jalan-jalan ke Pavilion. Dengan makcik dia. Bukan dia nak pon, sebab terpaksa. Saya Lanun SP, (ingat tak video yang teka teki bodoh tu?) tu lah saya. Saya tulis untuk dia.

Di sebab kan saya tak tahu nak tulis apa, biar lah saya bagi jawapan dalam video yang dulu tu. Kalau tak tahu apa soalan nya, pergi check older post balik.

Soalan yang pertama;

Kalau ni Superman, ni apa?
Jawapan: Superman Return.

Soalan yang kedua;

Kalau ni spear, ni apa?
Jawapan: Shake Spear.

Haha, itu saje untuk hari ni.
Akhir sekali..



Ni untuk semua, I love yallz! Muah muah.
Eeee, yek.